Antara kereta yang berada dalam wishlist kami, Toyota GR Corolla! Sebuah kereta sportscar yang digunakan untuk rally dan merupakan abang kepada GR Yaris. Jom kami share pengalaman memandu jentera manual ataupun kami panggil kereta lelaki yang sebenar!
Untuk makluman, Toyota GR Corolla telah dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia pada Februari 2023 dengan harga bermula pada RM355,000 dan merupakan sebuah model hatchback 5-pintu.
Dari segi enjin, ia menggunakan enjin 1.6 liter turbocaj yang mampu menjana kuasa sebanyak 300 Ps dan 370 Nm tork dengan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 5.3 saat. Kelajuan maksimum pada 230 km/j.
Bagi feeling pemanduan enjin, bunyi semasa penukaran gear sangat mengasyikkan kerana sistem turbo yang ada di dalamnya mempunyai bunyi blow-off yang sememangnya ramai antara kita minat dengan bunyi tersebut. Semasa pemanduan di highway, tanpa sedar boleh mencecah 180 km/j. Cuma, kena bersabar sikitlah jika jalan jem sebab manual. Clutch pula agak dalam tetapi masih mudah untuk dicengkam.
Gearknob bagi yang tak biasa, mungkin agak kekok kerana ia mempunyai gear 6-kelajuan dan jarak pertukaran di antara gear tidak jauh. Gear indikator ada pada meter cluster yang menunjukkan gear berapa kita sedang guna. Suspension kereta ada 1 mod sahaja dan agak keras. Jadi, pada pendapat kami, tidak berapa sesuai untuk penggunaan setiap hari.
Oleh kerana sistem GR FOUR All-Wheel Drive (AWD) yang ada pada kereta ini, pemandu boleh memilih untuk mengawal sistem dengan menggunakan 60:40, 50:50 (track) atau 30:70. Terdapat 3 mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport. Walaupun kami menggunakan mod Eco, kami tak ada rasa kereta ini lemau atau mempunyai turbo lag.
Penggunaan minyak pula dikatakan 5.3 liter/100 km tetapi kereta ini memang sangat jimat minyak. Cuma, agak sakit sedikit kerana perlu mengisi minyak RON97. Bagi sistem brek, GR Corolla mempunyai 8 pot untuk tayar depan dan 4 pot untuk tayar belakang yang sangat mencengkam.
Beralih kepada bahagian dalaman, komponen biasa yang dapat dilihat dalam GR Yaris tersedia dengan logo GR pada stereng dan tempat duduk memandangkan GR Corolla lebih memberi fokus kepada performance dan enjin kereta mereka.
Secara rumusan, GR Corolla ini berbaloi bagi pemanduan yang ekstrim tetapi pada masa yang sama jimat minyak. Transmisi manual 6 kelajuan pada kereta ini menjadikan kereta ini antara yang terlaju dan lincah dalam segmennya. Bak kata pepatah, “Real Men Use Three Pedals!”