NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kajian Menunjukkan Hampir Separuh Pemilik EV di AS Ingin Bertukar Kembali pada Petrol & Diesel

Kajian Menunjukkan Hampir Separuh Pemilik EV di AS Ingin Bertukar Kembali pada Petrol & Diesel

Satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat tentang penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan 46% pemilik EV di AS ingin bertukar kembali kepada kenderaan ICE.

Memetik dari laporan motor1, kajian McKinsey & Co.’s 2024 juga menunjukkan sebanyak 29% pengguna EV ingin bertukar semula kepada kenderaan petrol dan diesel. 

Difahamkan antara sebab utama mereka ingin bertukar semula adalah kerana kurangnya infrastruktur pengecasan EV di tempat mereka. Selain itu, antara alasan lain yang mereka berikan adalah ketidakupayaan untuk mengecas di rumah, bimbang tentang pengecasan dan keperluan mengecas mobility.

Berbeza dengan negara-negara di Asia Tenggara di mana penggunaan EV semakin meningkat di sini. Kita dapat lihat di Malaysia bahawa EV seperti BYD, Tesla dan lain-lain semakin membanjiri jalan raya di negara kita. Mereka berpendapat bahawa dengan menggunakan EV adalah lebih mesra alam dan praktikal pada masa kini.

Jenama-jenama EV dari China juga kini telah melebarkan sayap mereka ke negara-negara Asia kerana tarif yang dikenakan oleh negara-negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat kepada mereka adalah tinggi. Banyak jenama-jenama EV dari China telah masuk ke pasaran Malaysia dan akan datang lebih banyak lagi akan masuk seperti BYD, GWM, Chery, Xpeng dan banyak lagi.

 

Sumber : Motor1 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy