NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kia Sportage 2024 Sah Masuk Pasaran Malaysia dalam CKD – Sedang Dipasang di Kilang Inokom

Kia Sportage 2024 Sah Masuk Pasaran Malaysia dalam CKD – Sedang Dipasang di Kilang Inokom

Dalam satu wawancara CEO kumpulan Bermaz, Datuk Francis Lee Kok Chuan bersama dengan The Edge, beliau telah mengesahkan ketibaan Kia Sportage 2024 ke pasaran Malaysia tak lama lagi.

Menurut beliau, Kia sedang memasang model Sportage di kilang Inokom, di Kulim, Kedah (CKD) dan mereka menyasarkan sebanyak 4,000 hingga 5,000 unit bakal terjual dalam setahun.

Hal ini kerana, menurut Lee, dua ke tiga tahun akan datang, model keluaran Mazda akan menjadi lebih mahal dengan generasi baru model-model mereka yang akan dilancarkan kelak.

Sportage terjual agak bagus di seluruh dunia malah, mereka tidak mempunyai model import (CBU) untuk kami bawa masuk,” kata Lee.

Bermaz akan menjual varian enjin pembakaran dalaman (ICE) Sportage terlebih dahulu sebelum beralih kepada varian enjin hibrid kemudian. Sportage akan bersaing dengan model seperti Honda CR-V dan Toyota Corolla Cross.

 

Sumber : The Edge

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy