Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) Nga Kor Ming, kerajaan sedang mempertimbangkan parkir percuma untuk semua kenderaan elektrik (EV) di kawasan bandar bagi menggalakkan orang ramai untuk beralih kepada EV. Ini susulan dengan pengenalan plat hijau yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk EV.
“Buat masa ini kami sedang mengkaji kemungkinan untuk memberikan pengecualian bayaran parkir untuk EV sebagai faktor penggalak untuk lebih ramai membeli EV berbanding kereta bahan api fosil,” kata Nga.
Beliau memberi contoh di mana di United Kingdom, London, parkir percuma untuk EV manakala kereta berkuasa ICE dikenakan bayaran kira-kira RM90 bagi setiap kemasukan. Oleh itu, kementeriannya kini sedang dalam fasa perbincangan untuk melaksanakan cadangan itu.
Sumber : The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?