NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

14 Jalan di Sekitar Kuala Lumpur Bakal Ditutup pada 20 Julai Sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong

14 Jalan di Sekitar Kuala Lumpur Bakal Ditutup pada 20 Julai Sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong

Sebanyak 14 jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat pada 20 Julai, Sabtu ini, bagi memastikan kelancaran Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Berikut adalah senarai jalan yang terlibat dengan penutupan ini:

1. Jalan Tun Razak

2. Jalan Kia Peng

3. Jalan Raja Chulan

4. Jalan Ampang

5. Jalan Sultan Ismail

6. Lebuhraya Sultan Iskandar

7. Jalan Tuanku Abdul Halim

8. Jalan Semantan

9. Jalan Damansara

10. Jalan Istana

11. Kuala Lumpur-Seremban Expressway

12. Jalan Kuching (arah selatan)

13. Bulatan Dato Onn

14. Jalan Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan jalan ini akan berkuatkuasa bermula jam 8 pagi untuk Istiadat Pertabalan dan pada jam 8 malam untuk Majlis Santapan Diraja.

“Semua 387 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu-lintas dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan penuh bagi mengelak kesesakan lalu-lintas dan mengikut arahan-arahan anggota Polis Trafik yang bertugas di lokasi. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis KL ditalian 03-21159999,” katanya.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy