NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Nyaris Maut, Kemalangan Bersama Sebuah Lori Treler

Lelaki Nyaris Maut, Kemalangan Bersama Sebuah Lori Treler

Sebuah video berdurasi 1 minit 39 saat telah tular di aplikasi X yang memaparkan insiden kemalangan sebuah kereta jenis Proton Wira bersama dengan sebuah lori treler. Seorang lelaki telah dilaporkan nyaris maut setelah kemalangan bersama sebuah lori treler tersebut di Batu 14 ½, Sungai Tiram, Ulu Tiram, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian dipercayai terjadi sekitar jam 11.30 pagi dan pemandu lori treler tersebut sedang dalam perjalanan menghala ke Bandar Tiram dari Batu 14 ½.

“Ketika lori treler terbabit membelok ke kanan simpang, sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak dan telah merempuh bahagian tengah lori treler tersebut.

“Akibatnya, pemandu kereta terbabit yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala. Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana boleh menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan merbahaya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy