NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penunggang Motosikal Maut, Tersepit Bawah Kereta

Penunggang Motosikal Maut, Tersepit Bawah Kereta

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan bersama tiga buah kenderaan di Jalan Kota Tinggi, berhampiran sebuah stesen minyak di Tebrau pada Isnin lalu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shahril Sapar berkata, sebaik mereka menerima panggilan pada jam 12.15 malam tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota BBP Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian dengan segera.

“Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan dua kereta jenis Toyota Vios dan sebuah motosikal. Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah kereta Toyota Vios dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi. PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 1.19 pagi Isnin.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy