NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Ibu Maut, Anak Berusia 3 Tahun Cedera dalam Kemalangan di Pasir Puteh

Ibu Maut, Anak Berusia 3 Tahun Cedera dalam Kemalangan di Pasir Puteh

Dua buah kenderaan telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Machang Pasir Puteh, Kampung Kandis, hari ini dan mengakibatkan seorang wanita maut manakala anak perempuannya yang berusia 3 tahun cedera dalam kemalangan terbabit.

Mangsa dikenali sebagai Nur Faralysa Aisyah Mohd Hasif, 34, memandu kenderaan jenis Perodua Viva dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak perempuannya yang berusia 3 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan seorang lagi penumpang di dalam kereta yang merupakan adik iparnya turut mengalami kecederaan patah kaki kanan. Pemandu SUV jenis Toyota Corolla Cross dilaporkan mengalami cedera ringan.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II KUP, Muhamad Deri Wahab, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 pagi tadi.

“Sebaik tiba, pihak kami mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kenderaan dinaiki tiga sekeluarga dan sebuah lagi kenderaan dipandu oleh seorang secara wanita bersendirian.

“Tiga mangsa mengalami kecederaan termasuk seorang kanak-kanak perempuan manakala seorang mangsa wanita meninggal dunia,” katanya.

Pihak bomba juga berjaya mengeluarkan Nur Faralysa Aisyah yang tersepit di tempat pemandu namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Seramai sembilan anggota bomba terbabit dalam operasi menyelamat berkenaan. Mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Difahamkan bahawa Nur Faralysa Aisyah sedang dalam perjalanan pulang bersama anak dan adik iparnya manakala doktor berkenaan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jeli.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy