Menerusi satu hantaran JPJ di laman Facebook rasmi mereka, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima sebanyak 58 buah aset kenderaan penguatkuasa baharu termasuk sejumlah besar kenderaan jenis Toyota Fortuner. Ia adalah untuk menggantikan aset kenderaan mereka yang sudah berusia 10-12 tahun.

“Aset kenderaan penguatkuasa ini mampu menjadi pemangkin untuk mempertingkatkan keupayaan, produktiviti dan memperkasa kesiapsiagaan penguatkuasaan JPJ di seluruh negeri.
Majlis penyerahan aset kenderaan baharu ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah JPJ pada Khamis minggu lalu.
Menurut dari kenyataan JPJ, penyerahan ini merupakan inisiatif dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana semasa Program Cakna Madani, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada agensi penguatkuasaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM10.4 juta telah diluluskan untuk memperoleh aset kenderaan penguatkuasa baharu ini sebanyak 58 buah.
Sumber : FB Rasmi JPJ
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?