passionately driven

McLaren Artura Spider Rasmi Tiba di Malaysia: Supercar Paling Ringan, Harga Bermula RM3.4 Juta

McLaren Kuala Lumpur telah melancarkan supercar Artura Spider ke dalam pasaran Malaysia di mana versi kali ini merupakan model Hybrid convertible berprestasi tinggi pertama mereka dan merupakan keluaran model kedua Artura. Ia dijual dengan harga bermula RM3,400,000 (termasuk cukai duti) untuk pasaran Malaysia.

Model ini berukuran 4,539 mm panjang, 2,080 mm lebar, 1,193 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,640 mm. Dengan berat sebanyak 1,457 kg, ia didakwa sebagai supercar yang paling ringan di dalam kelasnya dan semestinya mempunyai banyak kelebihan di antara pesaingnya Maserati MC20 Cielo dan Ferrari 296 GTS.

Ia masih didatangkan dengan enjin petrol 3.0 liter turbo-berkembar V6, tetapi dengan pelarasan semula unit ECU bersama dengan E-Motor yang lebih padu, yang mampu menghasilkan 690 HP pada 7,500 rpm dan 720 Nm tork pada 7,000 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya dalam masa 3.0 saat dan kelajuan maksimum mencapai 330 km/j.

E-Motor pula dikuasai oleh lima modul lithium-ion iaitu pek bateri berkapasiti 7.4 kWh yang mampu memberi jarak sejauh 33 km untuk EV. Ia turut dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan dengan Electronic Differential (E-Diff), menampilkan klac ‘K0’ yang memutuskan sambungan enjin daripada transmisi apabila berada dalam mod elektrik. 4 mod diberikan iaitu Electric, Comfort, Sport dan Track.

Rekaan luaran masih dikekalkan dengan ciri signitur muncung hammerhead, disambung pada fender hadapan dan pengambilan udara, seperti model pertama keluaran Artura. Selain itu, ia turut hadir dengan bumbung Retractable Hard Top yang beroperasi secara elektrikal dan senyap, hanya dalam 11 saat, dengan kelajuan 50 km/j, untuk membuka dan menutupnya.

Memasuki ruang kabin di dalam, pemilik boleh memilih tema sama ada dalam kemasan prestasi atau mewah. Tidak dilupakan, skrin infotainment bersama sistem ADAS, smartphone mirroring yang menyokong fungsi Apple CarPlay® secara standard, pengecasan tanpa wayar, dan sistem McLaren Audio dengan lima-pembesar suara secara standard.

Bagi sistem keselamatan pula, ia merangkumi Amaran ketibaan Lorong, Pengesan Isyarat Jalan, Kawalan kelajuan Adaptif Pintar dengan Switchable Follow Mode, Bantuan lampu Tinggi, Pemantauan Titik Buta dan Pengesan Trafik Lintasan Belakang.

Tambahan warna baru iaitu Stealth telah ditambah kepada 5 warna luaran sedia ada dengan harga bermula dari RM3,400,000. Setiap pemilik akan menerima waranti standard lima-tahun/perbatuan tanpa had, waranti bateri enam tahun/75,000 km dan juga waranri 10-tahun bagi badan kenderaan. Pelan penyelenggaraan tiga-tahun turut diberikan serta pakej bantuan tepi jalan selama lima-tahun.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD