Proton Sedang Kerjasama dengan Geely Untuk Bangunkan Saga Baharu di Fasiliti R&D China

Proton telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang bekerjasama dengan Geely untuk membangunkan Saga baharu secepat yang mungkin menerusi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton yang baru dibuka di Teluk Hangzhou, China.

Masih diketuai oleh jurutera R&D di Malaysia, Saga baharu ini masih tidak diketahui sama ada akan menerima tingkat taraf model sedia ada sahaja atau menerima generasi baharu. Walau bagaimanapun, Proton menjelaskan Saga baharu ini masih akan diasaskan dari platform sedia ada.

Memetik dari kenyataan Proton, “Keupayaan untuk mencipta, mereka bentuk, membangunkan, dan mengeluarkan kenderaan baru dari awal adalah unik bagi Proton sebagai jenama nasional. Keupayaan ini kini telah diperkukuhkan dengan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman sedia ada Proton dengan sumber dan pengetahuan Geely. Peningkatan model-model tempatan Proton akan melibatkan penggunaan sumber bersama dengan Geely untuk menyokong kerja yang diketuai oleh jurutera R&D Proton di Malaysia.”

Masih tiada kenyataan rasmi dari Proton akan bila Saga baharu ini akan dilancarkan namun dijangka akan diperkenalkan ke dalam pasaran Malaysia pada tahun 2026 susulan dengan berita pengeluaran Saga di kilang Shah Alam akan dihentikan dan dipindahkan sepenuhnya ke kilang di Tanjung Malim pada 2026.

Merupakan model Proton paling laris buat masa sekarang, Saga berjaya mencatat sebanyak 7,855 unit berjaya terjual pada Julai. Ini merupakan rekod jualan bulanan terbaiknya sejak Oktober 2013.

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD