Beberapa pengedar dari jenama Chery telah memuat naik di laman media sosial baru-baru ini bahawa Omoda 5 kini hadir dengan 2 pilihan warna baru iaitu Vanilla Blue dan Blood Stone untuk varian asas Omoda 5 C.
Ia terhad hanya kepada 300 unit sahaja dan lebih menarik, warna-warna istimewa ini dijual dengan harga RM99,800 (on-the-road tanpa insurans) berbanding dengan harga semasa Omoda 5 C yang berharga RM108,400. Sebelum ini, Omoda 5 C hanya ditawarkan dalam warna Khaki White, Dark Black dan Phantom Grey sahaja.
Enjin masih dikekalkan iaitu enjin 1.5 liter empat-silinder turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 156 PS dan 230 Nm tork. Masih tiada kenyataan rasmi dari Chery Malaysia tentang 2 pilihan warna yang baru ini untuk Omoda 5 C namun jika anda berminat, anda boleh berkunjung ke bilik pameran Chery yang terdekat untuk membuat tempahan dengan warna dan harga yang menarik ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?