NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Chery Omoda 5 Hadir Dengan Pilihan Warna Baru – Terhad 300 Unit, Harga RM99,800

Chery Omoda 5 Hadir Dengan Pilihan Warna Baru – Terhad 300 Unit, Harga RM99,800

Beberapa pengedar dari jenama Chery telah memuat naik di laman media sosial baru-baru ini bahawa Omoda 5 kini hadir dengan 2 pilihan warna baru iaitu Vanilla Blue dan Blood Stone untuk varian asas Omoda 5 C.

Ia terhad hanya kepada 300 unit sahaja dan lebih menarik, warna-warna istimewa ini dijual dengan harga RM99,800 (on-the-road tanpa insurans) berbanding dengan harga semasa Omoda 5 C yang berharga RM108,400. Sebelum ini, Omoda 5 C hanya ditawarkan dalam warna Khaki White, Dark Black dan Phantom Grey sahaja.

Enjin masih dikekalkan iaitu enjin 1.5 liter empat-silinder turbo yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 156 PS dan 230 Nm tork. Masih tiada kenyataan rasmi dari Chery Malaysia tentang 2 pilihan warna yang baru ini untuk Omoda 5 C namun jika anda berminat, anda boleh berkunjung ke bilik pameran Chery yang terdekat untuk membuat tempahan dengan warna dan harga yang menarik ini.

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy