NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Langgar Tayar Lori Bergolek di Lebuh Raya, Seorang Penunggang Motosikal Maut

Langgar Tayar Lori Bergolek di Lebuh Raya, Seorang Penunggang Motosikal Maut

Akibat melanggar sebuah tayar lori yang sedang bergolek dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan, seorang penunggang motosikal maut hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun dan sedang dalam perjalanan dari arah Sikamat menuju ke Putrajaya sekitar jam 7.30 pagi tadi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah terlanggar sebuah tayar lori yang sedang bergolek dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya. Akibatnya motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke kiri melanggar besi kiri penghadang jalan,” katanya.

Mangsa dilaporkan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sementara itu, lori yang terlibat berserta pemandunya iaitu lelaki berumur 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy