Sembilan pemandu lori dan dua kelindan telah ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Plaza Tol Jitra dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan. Kesemua individu yang ditahan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam, ketika ditanya, pemandu lori memberi alasan kononnya mengambil dadah kerana ingin memandu lama dan jauh di jalan raya.
Bagaimanapun, beliau berpandangan, apa-apa yang dinyatakan disifatkan sebagai alasan semata-mata memandangkan ramai pemandu diperiksa mampu memandu jauh tanpa mengambil barangan terlarang itu.
“Sehubungan itu, JPJ mengantung lesen memandu mereka dan akan mengaudit majikan memandangkan mereka mengupah pemandu tidak kompeten yang mengambil bahan terlarang.
“Syarikat terbabit akan berdepan tindakan digantung ataupun dibatalkan terus permit pengendali kenderaan sekiranya gagal ketika proses mengaudit berkenaan,” katanya.
“Selain itu, dua pemandu termasuklah seorang wanita berusia lingkungan 20-an turut dikenakan saman disebabkan memandu treler yang mempunyai tayar merekah yang berisiko kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.
Sementara itu, sebanyak 32,526 kenderaan telah berjaya diperiksa sepanjang operasi dengan 1,388 diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, sebanyak 3,777 notis juga telah dikeluarkan atas kegagalan mematuhi undang-undang di jalan raya.
Kali ini, mereka telah mengeluarkan saman terbanyak iaitu sebanyak 603 kes untuk pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam yang melakukan kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.
“Selain itu terdapat tiga lagi kesalahan yang mencatatkan saman tertinggi iaitu tiada insurans, tiada lesen memandu kompeten (CDL) serta isu-isu teknikal yang masing-masing mencatatkan 482, 467 dan 431 pengeluaran saman daripada JPJ,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?