NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Geely E5 Kini Tiba di Malaysia – Pandu Uji Kebolehan di Trek Ujian Proton

Geely E5 Kini Tiba di Malaysia – Pandu Uji Kebolehan di Trek Ujian Proton

Baru-baru ini, Geely baru sahaja menamatkan Jelajah Dunia Geely E5 yang telah dipandu dari Guiyang, China dan berakhir di Shah Alam, Malaysia. Hari ini, hasil daripada kerjasama di antara Proton dan Geely ini telah dianjurkan sebuah sesi pandu uji bersama para media yang lain di Trek Ujian Proton bersama dengan model Geely E5 mereka.

Merupakan model kembar kepada Proton e.MAS7, sesi pandu uji ini diadakan untuk memberi peluang kepada peminat EV untuk merasai sendiri pengalaman memandu Geely E5 dengan unit pemanduan di sebelah kiri.

GEELYE5-NAZZNCO

Selain dari pengalaman memandu, acara ini turut menonjolkan lagi teknologi dan kualiti binaan yang kukuh pada Geely E5 ini. Lebih 5 buah E5 telah disediakan semasa sesi pandu uji tadi dengan sebuah kenderaan dibiarkan tidak basuh untuk menunjukkan ketahanan lasak model tersebut kerana telah mengharungi ribut di Yagi.

GEELYE5-NAZZNCO

Kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman memandu, keselesaan sebagai seorang penumpang dan menggunakan sendiri teknologi pintar yang ada pada Geely E5 ini. Untuk spesifikasi penuh Geely E5, klik di sini.

GEELYE5-NAZZNCO

“Proton percaya bahawa kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan adalah penting dalam memupuk inovasi dan kolaborasi. Usaha bersama kami dengan Geely telah menghasilkan pembangunan yang berjaya untuk Proton e.MAS7.

“Hal ini memberikan kami keyakinan untuk mengintegrasikan ke dalam e.MAS7 untuk disesuaikan dengan keperluan terbaik rakyat Malaysia,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy