Terdahulu, Proton dilaporkan telah mendaftar tanda dagang e.MAS7 sehari selepas pelancaran jenama kenderaan elektrik (EV) mereka iaitu e.MAS pada 13 Jun. Hari ini, Proton e.MAS telah mengesahkan perkara tersebut dan memperkenalkan model pertama mereka, sebuah model SUV segmen-C, yang dipanggil e.MAS7.

Menerusi pratonton eksklusif e.MAS7 hari ini, ia memang berasaskan Geely Galaxy E5 cuma diubah suai sedikit rekaan luarannya mengikut kesesuaian rakyat Malaysia. Ia berukuran 4,615 mm panjang dengan jarak antara roda 2,750 mm.

Selain itu, Proton e.MAS turut mendedahkan bahawa mereka akan menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) dan menggunakan Aegis Short Blade Battery.

Walau bagaimanapun, hari ini hanya rekaan luaran sahaja telah didedahkan dan perincian penuh bagi bahagian dalaman masih lagi disimpan rapi oleh Proton e.MAS.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?