Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer (KM) 134.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Perai awal pagi tadi. Menurut laporan Berita Harian.
Mangsa, Ang Kien Seong, 24, yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Rohaizal Abdul Aziz, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 4:44 pagi berkaitan insiden tersebut.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva Elite dan motosikal SYM yang ditunggang mangsa. Usaha menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas bomba, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Tragedi ini sekali lagi mengingatkan kita semua agar sentiasa berwaspada di jalan raya, terutamanya ketika memandu atau menunggang pada awal pagi yang biasanya lebih berisiko.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?