Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun ditahan polis selepas bertindak mematahkan pengilap cermin beberapa kenderaan yang diparkir di Terminal Bas Batu Pahat, semalam. Tindakannya yang tidak bermoral itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mengesahkan bahawa suspek ditahan selepas video perbuatannya tersebar. Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang dan siasatan segera dijalankan berdasarkan rakaman video tersebut.
“Susulan maklumat yang diterima, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan suspek pada hari yang sama. Semasa tangkapan, polis turut menemui sebilah pisau lipat dalam beg sandang suspek,” kata Shahrulanuar dalam kenyataan media.
Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Tiga kertas siasatan telah dibuka, iaitu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan, dan Senjata Berbahaya 1958. Menurut sumber Harian Metro.
Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?