NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

130 Motosikal dalam Depoh Simpanan DBKL Terbakar

130 Motosikal dalam Depoh Simpanan DBKL Terbakar

Sebanyak 130 motosikal yang berada dalam depoh simpanan kenderaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught, terbakar, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.33 tengah hari.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai kebakaran membabitkan deretan motosikal lama yang berada dalam depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik DBKL,” katanya.

Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan 100 peratus membabitkan 130 motosikal pelbagai model dan punca kebakaran masih dalam siasatan, menurut laporan Harian Metro.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy