Siri plat nombor kenderaan NEE mencipta sejarah di Negeri Sembilan apabila berjaya mencatat kutipan keseluruhan melebihi RM4.5 juta melalui proses bidaan yang berlangsung dari 15 hingga 19 November yang lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, nombor plat NEE 9 menjadi rebutan dan berjaya dibida pada harga tertinggi iaitu RM266,666! Di tempat kedua, nombor NEE 8 dijual pada harga RM188,123, diikuti oleh NEE 3 (RM158,999), NEE 7 (RM148,888), dan NEE 6 (RM141,600).
“Bidaan siri NEE menerima sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 4,661 pembida. Daripada jumlah ini, 1,936 pembida berjaya memenangi nombor plat pilihan mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hanif turut mengesahkan bahawa siri NEE menjadi bidaan paling popular dalam sejarah JPJ Negeri Sembilan. Menurutnya, lima nombor yang paling banyak dibida ialah NEE 554 membabitkan seramai 19 pembida, NEE 288 (16 pembida), NEE 244 (15 pembida), diikuti dengan NEE 26 seramai 15 pembida dan seterusnya NEE 98 sebanyak 15 pembida.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pembida yang berjaya mendapatkan nombor idaman masing-masing.
“JPJ amat berterima kasih kepada semua yang menyertai bidaan ini melalui Sistem JPJeBid. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 20 November 2024, dan kami menghargai sokongan daripada orang ramai,” tambahnya. Sumber Berita Harian.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?