Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan sebuah institut memandu di Kelantan mengadakan majlis graduasi untuk meraikan semua pelajar yang lulus ujian memandu.
Seperti majlis konvokesyen di universiti, pelajar-pelajar dilihat turut memakai jubah konvokesyen berwarna biru dan hitam dengan memegang plakad yang bertulis berjaya dalam ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor Sinar Harian.
Menurut Pengarah Urusan akademi memandu itu, Mohamad Suhairy Halim, video yang tular tersebut merupakan majlis graduasi yang ke-20 diadakan pada awal tahun ini. Idea majlis graduasi ini juga bermula pada Januari tahun ini dan telah meraikan seramai 5,000 pemilik lesen kenderaan.
“Kita menempah khas baju graduasi untuk pelajar yang berjaya memperoleh lesen selepas ujian memandu bersama JPJ,” katanya.
Mohamad Suhairy memberitahu, institut memandu itu mahu mencipta kenangan indah kepada 60 peratus daripada 170 pelajar bagi setiap sesi pengambilan termasuk pelajar Program Peralihan Lesen Kelas B.
“Kami menerima banyak maklum balas positif daripada orang ramai mengenai kelainan yang dilakukan ini,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?