Bersihkan Tumpahan Minyak Kelapa Sawit 20 Tan di Lebuhraya Karak Ambil Masa 2 Hari

Susulan dengan kemalangan yang membabitkan lori minyak kelapa sawit tumpah di Lebuhraya Karak Rabu lalu, ia mengambil masa hampir 48 jam sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan.

Berdasarkan posting di laman Facebook Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kerja pencucian sisa minyak di longkang dan kebuk takungan lebuh raya terlibat telah berjaya diselesaikan pada malam Khamis.

Selain itu, turut diberitahu bahawa tiada gangguan kepada keadaan Sungai Gombak sepanjang kerja-kerja pembersihan dijalankan, lapor Sinar Harian.

“Baki kerja-kerja yang tinggal hari ini adalah pengalihan keluar oleh pihak pemilik kenderaan berkenaan sisa bungkusan minyak yang telah dikumpulkan.

“Keadaan semasa di tapak adalah terkawal dan di dalam pemerhatian rapi LUAS bersama dengan Air Selangor,” katanya.

Pada hari berikutnya, Jumaat, semakan dan pengesahan lanjut juga telah dijalankan untuk memeriksa jika terdapat lagi sebarang kesan sisa minyak di lokasi-lokasi berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan tumpahan sebanyak 20 tan minyak kelapa sawit dan telah membeku dengan lapisan tebal di dalam longkang serta sungai lebuh raya tersebut.

4 lori tangki IWK dan tambahan tenaga kerja seramai 50 orang oleh Air Selangor telah digunakan untuk menyedut sisa minyak di kebuk takungan lebuhraya itu dengan lebih efisien dan cepat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD