Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa pemberian tol percuma ketika musim perayaan bukanlah penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kesesakan di lebuh raya.
Menurut beliau, perkara yang lebih penting adalah sikap pengguna jalan raya sendiri dan perancangan perjalanan yang lebih bijak apabila tiba musim perayaan.
“Kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada pemegang konsesi tol. Walaupun ia tidak melibatkan bayaran tunai secara langsung, tempoh konsesi tetap perlu dilanjutkan. Ini jelas tidak menyelesaikan isu kesesakan,” katanya.
Keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan dibuat oleh Jemaah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian semasa menghadiri Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 di Putrajaya, kelmarin.
Dalam majlis yang sama, Ahmad Zahid turut menggesa usahawan desa supaya berani menerokai peluang baharu dan menguasai pasaran.
“Usahawan desa perlu memanfaatkan platform digital, mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan, serta membina jaringan dan kerjasama strategik,” katanya.
Sebanyak 45 usahawan belia desa berjaya menerima geran perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM15 juta menerusi pertandingan RBC 2.0.
Sumber : Bernama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?