Seorang Wanita Disaman JPJ Kedah, Guna Nombor Pendaftaran Nama Sendiri

Seorang Wanita Disaman JPJ Kedah, Guna Nombor Pendaftaran Nama Sendiri

Seorang wanita telah disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah hanya kerana menggunakan nombor pendaftaran namanya sendiri semalam ketika pegawai JPJ sedang membuat rondaan.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang telah dimuatnaik, kenderaan jenis Honda City tersebut menggunakan nombor pendaftaran ‘W4171’ yang jika sekilas dilihat, tertulis ‘WANI’.

“Pasukan Aman 1 dalam rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan hala Utara telah menahan sebuah motokar jenis Honda City yang memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan. Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suami nya sempena nama dirinya,” menurut kenyataan dari JPJ Kedah di Facebook.

Mengulas lanjut, menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, “Jika mana mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pendaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi, plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika id dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan” dan boleh dikompaun tidak lebih RM300.

“Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987. JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD