NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Maut, Motosikal Terbakar dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Seorang Lelaki Maut, Motosikal Terbakar dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbakar dalam nahas kemalangan bersama dengan sebuah MPV di Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, pada awal pagi tadi.

Menurut Astro Awani, motosikal tersebut dilaporkan terbakar 90 peratus dan mangsa yang berusia 47 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan pada jam 2.24 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Suzuki Raider 150 dan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard yang mengakibatkan kebakaran pada motosikal tersebut musnah terbakar 90 peratus,” katanya.

Mangsa telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat dan pemadaman api tamat pada jam 3.35 pagi.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy