PLUS Malaysia Berhad telah mengumumkan tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Diskaun ini bagaimanapun hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian atau Kelas 1.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi akaun media sosial PLUS, tawaran ini bermula dari jam 12:01 tengah malam, 27 Januari (Isnin) sehingga 11:59 malam, 28 Januari (Selasa).

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak menggunakan MyPLUS-TTA atau Aplikasi PLUS untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dalam kenyataan tersebut, PLUS turut mengingatkan semua pemandu agar memandu secara berhemah demi keselamatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun tol ini sebagai sebahagian daripada inisiatif sambutan perayaan. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu, dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM20.08 juta ditanggung kerajaan sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol. Sumber Berita Harian.
Diskaun ini akan dilaksanakan di semua plaza tol di Lebuhraya PLUS, kecuali plaza tol di sempadan antarabangsa iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman web rasmi atau aplikasi PLUS. Patuhi peraturan jalan raya dan pastikan keselamatan sepanjang perjalanan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?