NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Waspada 5 Laluan Blackspot di Lipis, Kerap Berlaku Kemalangan Maut

Waspada 5 Laluan Blackspot di Lipis, Kerap Berlaku Kemalangan Maut

5 laluan di daerah Lipis telah dikenal pasti sebagai lokasi blackspot di mana kerap berlaku kemalangan maut pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man, lokasi tersebut adalah di Kilometer (KM) 17 Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta, KM25 Jalan Lipis-Benta (Bulatan Benta) dan KM5 Jalan Lipis-Merapoh (Dewan Laman Qaseh, Kampung Tempoyang).

Menurut Sinar Harian, 2 lagi laluan yang terbabit adalah di KM7, Jalan Lipis-Merapoh (depan Institut Pendidikan Guru Lipis) dan KM18 Jalan Lipis-Merapoh (Kampung Selendang).

“Sempena Ops Selamat 23 Tahun Baharu Cina 2025 ini, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas serta mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya terutama di lima lokasi ‘blackspot’ itu,” katanya.

Selain itu, terdapat juga 3 lokasi yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hotspot di mana sering berlaku kesesakan iaitu di M5, Jalan Lipis-Benta (berhampiran Taman Gold), KM26 Jalan Lipis Merapoh kawasan Kampung Seberang Jelai dan KM55 laluan Lingkaran Tengah Utama di sempadan Merapoh-Gua Musang.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Lipis telah menempatkan dan mengatur gerak penugasan khususnya untuk memantau aliran trafik di lokasi fokus utama termasuk di kawasan ‘hotspot’ sepanjang Ops Selamat kali ini.

“Langkah itu juga sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kes kemalangan jalan raya di daerah ini,” jelasnya.

6 kesalahan utama akan diberi tumpuan dalam Ops kali ini yang dipercayai menjadi peyumbang kepada kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

“Kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi peraturan lampu isyarat dan menggunakan telefon semasa memandu,” tegasnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy