Budak Lelaki Dikenakan Tuntutan RM173,571 Selepas Letupan Mercun Musnahkan 8 Kereta Mewah

Budak Lelaki Dikenakan Tuntutan RM173,571 Selepas Letupan Mercun Musnahkan 8 Kereta Mewah

Seorang kanak-kanak lelaki di China berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak 285,000 yuan (RM173,571) selepas tindakannya meletupkan mercun dalam pembetung mengakibatkan lapan buah kereta mewah musnah sepenuhnya.

Insiden itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut dikatakan membaling mercun ke dalam pembetung berhampiran sebuah restoran, mencetuskan letupan besar yang menyebabkan beberapa kereta mewah seperti Porsche, BMW, dan Audi terbakar serta melambung ke udara.

Walaupun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, pihak polis telah menahan ibu bapa dan kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut. Sumber Sinar Harian.

Selepas kejadian, nenek kanak-kanak itu tampil dengan penuh kesal, memohon maaf atas kecuaiannya dalam menjaga cucunya.

“Saya benar-benar kesal dan mengaku ini adalah kesilapan saya. Saya leka seketika, menyebabkan kejadian ini berlaku. Saya mohon agar tiada kata-kata buruk dilemparkan kepada cucu atau keluarga kami,” katanya sambil menangis.

Menurut peguam Tan Mintao dari firma guaman Beijing, sekiranya keluarga kanak-kanak itu dapat membuktikan kecuaian pihak pengurusan sistem pembetung, maka tanggungjawab terhadap letupan tersebut boleh dikongsi. Ini kerana lokasi kejadian terletak di padang rumput bersebelahan restoran, bukan di kawasan parkir yang sah.

Tambahnya, jika pemilik kenderaan meletakkan kereta di situ atas arahan kakitangan restoran, pihak restoran juga boleh dipertanggungjawabkan dalam tuntutan ganti rugi.

Namun, peguam tersebut menegaskan bahawa tanggungjawab utama tetap terletak pada penjaga kanak-kanak berkenaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD