Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi menyita 12 gerai penjaja tanpa lesen serta skuter elektrik untuk sewaan di sekitar Bukit Bintang.
Menurut kenyataan DBKL, tindakan ini dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bukit Bintang di beberapa lokasi utama seperti Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, dan Jalan Bukit Bintang.
“Dalam operasi khas ini, sebanyak 12 kes tindakan sita telah diambil berdasarkan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Antara barangan yang disita termasuk meja dan kerusi plastik, pakaian, skuter, payung, serta peralatan lain,” jelas kenyataan tersebut.

Semua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi dan rekod. Sumber Berita Harian.
DBKL turut menegaskan bahawa pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan terus dilakukan secara berkala di lokasi-lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.
Orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat berkaitan boleh menyalurkannya menerusi laman web rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?