NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenyataan Rasmi Puspakom Mengenai Isu Pemeriksaan Lori Tidak Lulus kerana Pelekat Muatan Berat Pudar

Kenyataan Rasmi Puspakom Mengenai Isu Pemeriksaan Lori Tidak Lulus kerana Pelekat Muatan Berat Pudar

Media sebelum ini melaporkan bahawa Puspakom Sibu telah menggagalkan pemeriksaan lori di atas sebab yang tidak munasabah iaitu hanya kerana warna pelekat muatan telah pudar.

Ia telah menaikkan kemarahan Persatuan Lori Sibu (SLA) kerana perkara kecil seperti itu tidak seharusnya menjadi faktor kegagalan kerana ia tidak menjejaskan keselamatan jalan raya. Sebaliknya, perhatian perlu diberikan kepada komponen penting seperti brek, lampu isyarat, dan tayar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, walaupun terdapat pandangan bahawa pelekat muatan berat yang pudar tiada kaitan dengan keselamatan jalan raya, Puspakom tetap perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Walaupun perkara tersebut mungkin dianggap bukan berkaitan keselamatan, kami perlu memastikan bahawa pemeriksaan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kami boleh didenda oleh JPJ” kata Mahmood.

“Semua pemilik kenderaan tahu apa syarat yang perlu dipatuhi. Jika mereka membawa kenderaan yang tidak mematuhi syarat untuk pemeriksaan, ini menunjukkan sikap sambil lewa mereka terhadap syarat dan kaedah yang telah dikuatkuasakan. Inilah masalah sikap yang kita perlu tangani, ” tambah beliau.

Semua pihak diminta untuk terus memberi kerjasama untuk memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terjamin dengan melalui pemeriksaan yang telus, profesional, dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy