NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Anggota Polis Kemalangan Berjaya Selamatkan Pemandu dari Terbakar

Anggota Polis Kemalangan Berjaya Selamatkan Pemandu dari Terbakar

Tindakan pantas seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan di antara sebuah kereta dan trak polis telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa dari terbakar di Jalan Bukit Cherakah, Klang awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, empat individu termasuk tiga anggota polis terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, pihak bomba menerima panggilan telefon kecemasan sekitar jam 6.40 pagi dan seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah dikejarkan ke lokasi dengan segera.

“Komander operasi melaporkan kemalangan dipercayai akibat pertembungan antara dua kenderaan terbabit menyebabkan kereta jenis Kia Sorento yang dipandu seorang lelaki terbakar 90 peratus.

“Bagaimanapun pemandu kereta yang dalam keadaan sedar telah diselamatkan oleh anggota terlibat dengan memecahkan cermin dan menarik keluar mangsa sebelum kereta terbakar sepenuhnya,” katanya.

Pemandu kereta tersebut dilaporkan hanya patah kaki manakala pemandu trak polis patah tangan dan dua lagi anggota mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

“Makluman awal komander operasi turut menyatakan pemandu trak polis yang patah tangan akibat kemalangan itu telah bertindak mengundurkan trak bagi mengelakkan kenderaan berkenaan terbakar,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy