Kementerian Pengangkutan (MOT) berancang untuk menggubal undang-undang bagi mencegah kegiatan menyewa alat ganti semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah, bagi memenuhi syarat pemeriksaan, terdapat aktiviti penukaran tayar yang secara asasnya adalah sah dari segi undang-undang.
Walau bagaimanapun, ia menjadi isu apabila tayar yang memenuhi piawaian telah ditukar kepada tayar lama atau tidak selamat selepas pemeriksaan selesai, lapor Kosmo!.
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Polis Diraja Malaysia untuk melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu terhadap ekosistem yang terlibat dalam sindiket ini merangkumi pembekal atau kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa tayar, orang tengah dan pemilik kenderaan terbabit.
“MOT melalui JPJ akan mempergiatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dengan melaksanakan pemeriksaan mengejut di lokasi strategik selepas pemeriksaan kenderaan di Puspakom.
“Selain itu, Pasukan Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya (UPLR) turut ditubuhkan oleh JPJ untuk meningkatkan pematuhan kenderaan perdagangan terhadap peraturan, khususnya di lebuh raya dan laluan utama yang mempunyai aliran trafik tinggi,” katanya.
Sementara itu, MOT turut akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mengkaji kaedah yang lebih efektif bagi menangani isu sewa tayar untuk lulus dalam pemeriksaan kenderaan di Puspakom.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?