Jaecoo Malaysia telah melancarkan model SUV off-road mereka iaitu J7 PHEV ke dalam pasaran Malaysia. Dipasang secara tempatan (CKD), hanya satu varian ditawarkan iaitu Pacuan Roda Hadapan (2WD) pada harga RM158,800 (atas jalan tanpa insurans).

J7 PHEV dan J7 Petrol mempunyai ukuran yang sama iaitu 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,650 mm. Jika dilihat sekali imbas, rekaan luaran dan dalaman versi PHEV dan petrol kelihatan sama namun terdapat beberapa perbezaan kecil yang ada pada J7 PHEV iaitu:

Bagi enjin, ia didatangkan dengan enjin petrol 1.5 TGDi yang dipadankan bersama transmisi hibrid DHT bersama dengan motor elektrik yang mampu menjana kuasa sebanyak 255 kW dan 525 Nm tork keseluruhan. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat.
Seterusnya, ia menggunakan bateri berkapasiti 18.3 kWh dan dapat memberi jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sebanyak 106 km kitaran NEDC. Jaecoo Malaysia turut mendakwa bahawa dengan bateri penuh dan tangki bahan api sebanyak 60 liter, Jaecoo J7 PHEV ini mampu mencapai jarak gerak sehingga 1,300 km.

Bagi pengecasannya, apa yang dikongsikan adalah ia mampu menampung sehingga 40 kW untuk pengecasan pantas DC manakala sehingga 6.6 kW untuk pengecasan AC. Fungsi V2L pula menyediakan kapasiti 3.3 kW. Untuk perincian spesifikasi yang lain, ia sama seperti J7 petrol dan untuk rujukan anda boleh klik di sini.

Selain menerima 3 mod pemanduan iaitu Economy, Standard dan Sports, pelanggan boleh mendapatkan J7 PHEV dengan pilihan warna Carbon Crystal Black, Khaki White dan Moonlight Silver serta warna istimewa Khaki White (100 unit sahaja).

Ciri keselamatan pula senarainya agak lengkap dengan sistem ADAS. Ia merangkumi ciri seperti AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, kawalan lampu utama pintar, makluman ketika kereta depan bergerak, pengesan titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dan banyak lagi.

Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 2 Mac ini akan menerima waranti enjin dan juga bateri hibrid selama 10 tahun/sejuta kilometer. Jika tidak sempat, pemilik masih akan menerima waranti bateri hibrid selama 8 tahun/160,000 km dan pertukaran bateri baharu sekiranya tahap kesihatan bateri di bawah 70% serta bantuan tepi jalan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?