NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Januari 2025 Menurun 40 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Januari 2025 Menurun 40 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 48,732 unit kenderaan telah dijual pada bulan Januari 2025, menurun berbanding 81,735 unit pada Disember 2024.

Berbanding dengan Januari 2024, jualan kenderaan pada Januari 2025 menunjukkan penurunan ketara sekitar 40% iaitu sebanyak 33,003 unit. Untuk bulan pertama ini, sebanyak 45,339 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 3,393 unit untuk kenderaan komersial.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 56,899 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Januari 2025, 26% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 77,052 unit. Untuk bulan pertama ini, sebanyak 53,794 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,105 unit untuk kenderaan komersial.

MAA mengharapkan jualan untuk bulan Februari meningkat sempena promosi Tahun Baru Cina walaupun ia mempunyai jumlah hari bekerja yang pendek. Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mac, MAA menjangkakan jualan akan kembali rancak dengan pelbagai promosi yang akan ditawarkan sebelum mereka menutup tahun kewangan mereka pada 31 Mac.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy