Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 48,732 unit kenderaan telah dijual pada bulan Januari 2025, menurun berbanding 81,735 unit pada Disember 2024.
Berbanding dengan Januari 2024, jualan kenderaan pada Januari 2025 menunjukkan penurunan ketara sekitar 40% iaitu sebanyak 33,003 unit. Untuk bulan pertama ini, sebanyak 45,339 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 3,393 unit untuk kenderaan komersial.
Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 56,899 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Januari 2025, 26% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 77,052 unit. Untuk bulan pertama ini, sebanyak 53,794 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,105 unit untuk kenderaan komersial.
MAA mengharapkan jualan untuk bulan Februari meningkat sempena promosi Tahun Baru Cina walaupun ia mempunyai jumlah hari bekerja yang pendek. Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mac, MAA menjangkakan jualan akan kembali rancak dengan pelbagai promosi yang akan ditawarkan sebelum mereka menutup tahun kewangan mereka pada 31 Mac.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?