NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Warga Emas Maut Dalam Nahas Dua Kenderaan di Jalan Parit Bakar

Warga Emas Maut Dalam Nahas Dua Kenderaan di Jalan Parit Bakar

Seorang warga emas, Saim Mok, 68, maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Parit Bakar, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan 2 Mohamad Syafiq Mohamad Zin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.13 pagi.

“Sebaik menerima laporan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu unit Perkhidmatan, Perawatan, Penyelamatan, Kecemasan (EMRS) bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Kejadian itu melibatkan perlanggaran antara sebuah motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Axia. Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke dalam parit sedalam satu meter.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujar beliau.

Sementara itu, pemandu Perodua Axia dilaporkan tidak berada di lokasi sewaktu operasi menyelamat dijalankan. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Sinar Harian

 

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy