Grab Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BYD Sime Motors, Yinson Green Technologies (M), dan Power-Up Tech (P.UP) bagi mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam sektor e-hailing. Kerjasama ini bertujuan menyediakan akses EV yang lebih mampu milik dan membangunkan infrastruktur pengecasan bagi menyokong peralihan rakan-pemandu ke arah mobiliti hijau.
Inisiatif Utama adalah untuk memperluas penggunaan EV. Ia merangkumi perkhidmatan e-hailing EV, harga eksklusif, dan kadar sewaan istimewa. Seterusnya memperkukuhkan ekosistem EV. Ini dapat membantu menaikkan rangkaian pengecasan yang mudah akses serta menyediakan sesi latihan dan sokongan penyelenggaraan.
Rashid Shukor, Pengarah Operasi & Mobiliti Negara, Grab Malaysia:
“Kami komited mengurangkan impak alam sekitar sambil memberi akses kepada rakan-pemandu untuk alternatif lebih hijau. Perkongsian ini mempercepatkan peralihan kepada EV serta manfaat jangka panjang kepada komuniti dan alam sekitar.”
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri MITI:
“MoU ini menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan industri EV melalui insentif dan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.”
Grab Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan rakan industri bagi mempercepatkan peralihan ke arah pengangkutan mesra alam, selaras dengan matlamat kelestarian negara.