Op Selamat 24: Polis Fokus 6 Kesalahan Utama di Jalan Raya, Kompaun RM300 Bakal Dikenakan

Op Selamat 24: Polis Fokus 6 Kesalahan Utama di Jalan Raya, Kompaun RM300 Bakal Dikenakan

6 kesalahan utama jalan raya akan diberi tumpuan dalam Op Selamat 24 bermula 29 Mac sehingga 3 April ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Menurut Timbalan Pengarah Kepolisan Am, Siasatan dan Perolehan JSPT, ACP Fauzi Osman, 6 kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, menggunakan lorong kecemasan sekiranya ‘Smart Lane’ tidak diaktifkan, tidak mematuhi lampu isyarat dan memotong secara berbahaya juga termasuk dalam 6 kesalahan utama tersebut.

“Kesemua kesalahan ini akan diperketatkan penguatkuasaannya termasuk mengenakan kompaun RM300 kepada pesalah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk mengawal emosi ketika memandu dan lebih bertimbang rasa ketika memandu.

“Berdasarkan elemen siasatan pihak JSPT juga, di jalan raya, kebiasaanya kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya.

“Jadi di peringkat JSPT, selain penguatkuasaan, kempen kesedaran turut dilaksanakan secara meluas termasuk di sekolah-sekolah bagi menyampai mesej kepada masyarakat,” kata beliau menurut laporan Astro Awani.

Seramai 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 berlangsung. 25 lokasi hotspots dan 46 lokasi blackspots juga sudah dikenal pasti di lebuhraya utama di seluruh negara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD