Polis telah mengenal pasti 14 kawasan kerap berlaku kemalangan, dikenali sebagai blackspots, serta 61 lokasi dengan aliran trafik tinggi, dikenali sebagai hotspots, di Kuala Lumpur sempena Op Lancar. Operasi ini bermula pada 28 Mac dan akan berlangsung sehingga 6 April bagi melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, 14 blackspots tersebut termasuk jalan utama seperti Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Jalan Kepong, Jalan Loke Yew, Jalan Syed Putra, dan Jalan Cheras.
Lebuhraya seperti DUKE, MRR2, serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban juga disenaraikan sebagai kawasan berisiko. Selain itu, Lebuhraya Besraya, Maju Expressway (MEX), Lebuhraya SPRINT, dan Lebuhraya SUKE turut dikenal pasti sebagai lokasi berbahaya, lapor Bernama.
Bagi mengawal keadaan trafik dengan lebih baik, polis akan memantau kawasan-kawasan ini sepanjang tempoh Op Lancar. Azry Akmar juga menyatakan bahawa 61 hotspots, termasuk bulatan Segambut, Batu Caves, Kepong, dan Sungai Besi, mengalami kesesakan lalu lintas yang tinggi.
Untuk memastikan keselamatan dan kelancaran trafik, seramai 17 pegawai kanan dan 320 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) akan bertugas sepanjang Op Selamat 24.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?