NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu bas ekspres ditahan atas positif pil kuda

Pemandu bas ekspres ditahan atas positif pil kuda

Seorang pemandu bas ekspres ditahan selepas disyaki positif dadah jenis Methamphetamine atau pil kuda dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri yang dijalankan di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) setelah gagal dalam ujian saringan air kencing sekitar jam 9.45 pagi.

Siasatan awal mendapati bahawa pemandu utama tersebut, yang berasal dari Kuala Terengganu, sepatutnya membawa bas ekspres ke Pasir Gudang, Johor.

“Kami telah mengarahkan syarikat bas untuk segera menukar pemandu utama dengan pemandu gantian bagi memastikan perjalanan penumpang berjalan dengan selamat.

“JPJ memandang serius isu penyalahgunaan dadah oleh pemandu bas ekspres kerana ia boleh mengancam keselamatan dan nyawa penumpang. Oleh itu, pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan secara lebih ketat terhadap pemandu serta syarikat bas,” katanya ketika menghadiri Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025 malam tadi.

Dalam operasi tersebut, JPJ Terengganu telah mengeluarkan sebanyak 603 notis kesalahan serta menyita lapan kenderaan.

Zamri turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti 20 lokasi di seluruh Terengganu yang sering berlaku kemalangan.

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD