NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Warga Emas Maut Dirempuh Ketika Dalam Perjalanan ke Masjid

Warga Emas Maut Dirempuh Ketika Dalam Perjalanan ke Masjid

Sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan selepas gagal mengelak lalu melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan yang berlaku awal pagi Rabu di Jalan Jertih – Pasir Akar, berhampiran Kampung Gong Duek, Besut.

Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Kampung Gong Duek, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.10 pagi ketika mangsa, Ismail Jusoh, 70, sedang menunggang motosikal menuju ke masjid untuk solat Subuh.

Mangsa dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri untuk melintas jalan sebelum dirempuh sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah Pekan Jertih ke Kampung Pasir Akar. Pemandu kereta gagal mengelak menyebabkan pelanggaran berlaku dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan, lalu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta pula mengalami kecederaan di lengan kanan dan telah dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan, manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy