passionately driven

iCAUR Perkenalkan Diri di Peringkat Dunia, Bakal Tiba di Malaysia Autoshow 2025

iCAUR Perkenalkan Diri di Peringkat Dunia, Bakal Tiba di Malaysia Autoshow 2025

Jenama automotif baharu, iCAUR, secara rasmi membuat penampilan global sulung di Pameran AutoShanghai 2025. Jenama ini dibangunkan khas untuk pasaran dunia dan menyasarkan golongan muda serta mereka yang aktif, berjiwa bebas dan sukakan gaya hidup moden.

Berpegang kepada semangat “Born to Play”, iCAUR menawarkan kenderaan elektrik dengan rekaan berani, teknologi terkini, dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

iCAUR merupakan hasil kerjasama dua nama besar, iaitu Chery, pengeluar automotif terkemuka, dan Smartmi Tech, pakar dalam teknologi pintar dan gaya hidup digital. Kerjasama ini memastikan kenderaan iCAUR bukan sahaja hebat dari segi kejuruteraan, tetapi juga kaya dengan inovasi digital yang memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Model pertama yang diperkenalkan, V23, tampil dengan gaya lasak dan moden, menggunakan rekaan berotot, gril hadapan tertutup, serta lampu utama dua tingkat yang memberikan rupa berbeza dan menarik.
Rekaan berciri ‘off-road’ juga diterapkan untuk memastikan ia sesuai digunakan di jalan bandar atau dalam aktiviti luar.

Dengan platform baharu, V23 menyatukan kepraktisan harian dan semangat pengembaraan, sesuai untuk mereka yang menginginkan sebuah kenderaan serba boleh.

Perkembangan Global iCAUR
iCAUR akan membangunkan pelbagai model kenderaan elektrik (BEV) dan kenderaan elektrik jarak jauh (REEV) dengan gabungan gaya lasak dan teknologi pintar.
Dalam masa tiga tahun, iCAUR berhasrat untuk berada di lebih 100 negara serta membangunkan lebih 2,000 pusat jualan dan servis di seluruh dunia.

iCAUR hadir bukan sekadar membawa teknologi baharu, tetapi juga menawarkan pengalaman memiliki kenderaan yang lebih menyeronokkan, penuh gaya, dan sesuai dengan gaya hidup moden.

Selepas pelancaran di Shanghai, iCAUR akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025).
Pada acara ini, orang ramai berpeluang melihat sendiri barisan penuh kenderaan elektrik iCAUR, mengenali lebih dekat hala tuju jenama ini di Asia Tenggara, serta menyaksikan sesi menandatangani perjanjian rasmi dengan pengedar pertama iCAUR di Malaysia.

iCAUR bersedia menjadi pilihan baharu untuk rakyat Malaysia yang mahukan kenderaan elektrik yang pintar, bergaya dan penuh karakter.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD