Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori ais yang terbalik di tengah laluan di Kilometer 137, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, kemalangan berlaku sekitar jam 5.16 petang ketika kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan menuju ke Mentakab dari arah Temerloh.
“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum cuba mengelak penghadang jalan lalu terbalik di tengah laluan.
“Motosikal yang ditunggang mangsa berada di belakang lori dan tidak sempat mengelak, sebelum merempuh bahagian tengah lori terbabit,” katanya.
Menurut laporan MalaysiaGazette, Mangsa, Siti Mariani, 36, seorang anggota di Unit Pendakwaan JPJ Temerloh telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Pemandu lori dilaporkan mengalami kecederaan di kedua-dua belah kaki.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?