Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Bandar Raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Inisiatif Parkir Percuma khas untuk warga emas yang menetap di bawah kawasan pentadbirannya.
Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan MBSA kepada golongan warga emas atas sumbangan mereka dalam pembangunan komuniti serta bagi meringankan beban kos harian mereka. Melalui program ini, warga emas yang layak boleh menikmati kemudahan parkir percuma di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Shah Alam.
Cara Permohonan
Warga emas yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau terus mengisi borang menerusi pautan berikut:
👉 https://forms.gle/MfVaWbFb3jfPh5YX8
Semua permohonan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan inisiatif ini boleh diajukan kepada:
Seksyen Pengurusan Hasil
📞 03-5513 3919 (Talian terus)
Sambungan: 1540 / 1521
📍 Atau hadir ke Jabatan Kewangan, Tingkat 21, Wisma MBSA
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha MBSA dalam mendukung nilai-nilai Malaysia Madani, memperkasakan komuniti, serta memastikan hasil yang diraih dapat dinikmati bersama seluruh warga Shah Alam.
#WeLoveShahAlam #KitaSelangorMajuBersama #MalaysiaMadani #HasilDiraihKitaNikmatiBersama
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?