AirAsia sekali lagi membuktikan kehebatannya di peringkat global apabila tersenarai sebagai jenama penerbangan ke-24 paling bernilai di dunia, dan yang ketujuh paling bernilai di Malaysia, menurut laporan Brand Finance Malaysia 100 2025.
Nilai jenama AirAsia meningkat sebanyak 66%, mencecah AS$1.93 bilion (kira-kira RM8.2 bilion). Lonjakan ini berpunca daripada beberapa faktor utama, termasuk permintaan penumpang yang semakin tinggi, pembukaan laluan baharu ke China dan Asia Tengah, serta peningkatan jumlah penerbangan ke destinasi popular.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, pencapaian ini menunjukkan kekuatan dan daya tahan jenama AirAsia yang terus konsisten menyediakan penerbangan yang mampu milik dan mudah diakses oleh semua.
AirAsia juga mendapat pengiktirafan sebagai salah satu daripada 10 jenama paling kukuh di Malaysia, dengan penarafan AAA-. Ini hasil keupayaannya menyesuaikan diri dengan trend baharu dalam industri pelancongan selepas pandemik, dan kecekapan dalam merebut peluang pasaran yang ada.
Melalui pelbagai cabang perniagaan di bawah Capital A termasuk pelancongan, logistik, dan teknologi digital. AirAsia terus komited menawarkan nilai tambah, inovasi, dan jaringan hubungan yang luas, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama di rantau ini.
Sumber : BeritaHarian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?