Seorang pesara polis mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal, hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa, Md Nor Md Shah, 80, mengalami bengkak di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut. Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.55 petang itu turut menyebabkan sebahagian anjung kedai makan yang terletak di bahu jalan runtuh.
“Siasatan awal mendapati warga emas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Sebang ke Taman Melaka Perdana sebelum dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya.
“Bagaimanapun, tiada pelanggan berada di premis tersebut ketika kejadian berlaku. Mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?