NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

13,328 Unit Berjaya Dijual Proton pada Mei 2025 – Jualan Meningkat, Pegangan Pasaran 19.2%

13,328 Unit Berjaya Dijual Proton pada Mei 2025 – Jualan Meningkat, Pegangan Pasaran 19.2%

Prestasi jualan bulan Mei telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 13,328 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.

Sedikit meningkat berbanding dengan jumlah jualan pada April iaitu sebanyak 12,692 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 61,087 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 19.2%.

Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Mei mencapai 5,513 unit.

Proton X50 2024 juga menunjukkan jumlah jualan yang kukuh dengan jumlah jualannya sebanyak 2,198 unit pada Mei. Ini menjadikan X50 sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia dan sudah mencecah sebanyak 9,704 unit.

Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 1,763 unit berjaya dijual pada Mei. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 7,944 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.

Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,385 unitProton X70 sebanyak 982 unitProton Iriz sebanyak 331 unit dan Proton X90 sebanyak 224 unit pada Mei 2025.

Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 916 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan Mei, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 3,632 unit.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy