Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menerima dua set tren elektrik (ETS) baharu bernilai RM400 juta yang kini dalam fasa pengujian. Tren ini dijangka beroperasi secara berperingkat mulai tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ahmad Nizam Mohamed Amin, penambahan tren ini bagi menampung permintaan tinggi, yang meningkat sekitar 10% setiap tahun. Sebanyak 10 set tren ETS keseluruhan dibeli untuk menyokong pembukaan laluan baharu seperti Gemas–Johor Bahru, Johor Bahru–Butterworth dan ke Padang Besar.
Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan Ruby Lounge di Stesen Butterworth, ruang menunggu eksklusif bagi penumpang ETS Kelas Perniagaan sempena Aidiladha.
Sementara itu, lebih 250,000 tiket ETS dan tren antarabandar telah habis dijual untuk tempoh perjalanan 29 Mei hingga 9 Jun, termasuk 119,000 tiket Ekspres Selatan dari Johor Bahru ke Gemas.
KTMB turut meneruskan tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha untuk laluan KL Sentral–Tumpat, menawarkan tambang bermula RM80 hingga RM95 dengan pelbagai jenis koc. Sebanyak 762 daripada 872 tiket telah terjual, dengan tren dijadual berlepas malam ini dan kembali pada 8 Jun.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?