NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan di Cameron Highlands: Pemandu Diserang Sawan Rempuh Empat Pejalan Kaki

Kemalangan di Cameron Highlands: Pemandu Diserang Sawan Rempuh Empat Pejalan Kaki

Empat pejalan kaki termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai diserang sawan di Kilometer 68, Jalan Kea Farm–Brinchang, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari apabila pemandu berusia 22 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar mangsa.

“Siasatan awal mendapati pemandu disyaki diserang sawan semasa kejadian, menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan,” katanya dalam kenyataan media.

Mangsa yang terlibat ialah seorang lelaki dewasa berusia 24 tahun serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 10 tahun. Kesemua mereka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands.

Pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan didapati mempunyai rekod rawatan penyakit sawan.

SUMBER : SinarHarian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD